Salam Sejahtera, Selamat Datang ke Laman Web blog Butik Pengantin Teratak Kasih yang terletak di Jawi, Seberang Prai Selatan, Pulau Pinang. Butik ini menyediakan pelbagai jenis pakaian buat bakal mempelai yang akan melangsungkan perkahwinan dan sedia memenuhi apa sahaja yang anda kehendaki pasti ada di butik ini. Singgahlah ke butik kami untuk melihat sendiri kepelbagaian jenis pakaian dan koleksi pelamin serta lain-lain yang berkaitan + Andaman & Solekan + Pakaian Pengantin + Pelamin (Bunga Hidup) + Gubahan Hantaran + Hiasan Bilik Tidur + Dekorasi Dewan + Pakej Fotografi + Set Kanopi & Kataring + Kursus Solekan + Tempahan Jahitan

11 November 2010

Banner

Pada permintaan dalam tempahan yang diminta untuk majlis persandingan yang akan tiba minggu depan, kami Butik Teratak Kasih telah meletakan Banner bergambar dalam pakej yang diminta bagi memenuhi permintaan pasangan pengantin yang mahukan banner.

Kami di Butik Teratak Kasih sentiasa memenuhi keperluan permintaan bakal pengantin supaya memudahkan segala perancangan majlis mereka.

Mudah sahaja, mereka cuma perlu membawa gambar dalam bentuk softcopy (CD / pendrive), tak kisahlah gambar ketika majlis pertunangan atau pernikahan atau gambar berasingan. Pereka Grafik sambilan butik kami akan mereka bentuk banner tersebut ikut tema dan warna serta design yang diinginkan.

Berikut dibawah ialah contoh design banner yang telah siap direka.
Banting bersaiz 2 x 4 kaki
Banner bersaiz 8 x 3 kaki


07 November 2010

Style 'Arab'


Pada hari ini (06/11/10) Butik kami telah memberikan perkhidmatan melancar serta mengindahkan majlis perkahwinan dua pasangan pengantin. Dua kumpulan telah dibahagikan untuk melakukan solekan dirumah pasangan pengantin tersebut iaitu di Kampung Sekolah Juru & di Padang Ibu, Permatang Pauh.

Shikin yang mahukan di majlis
perkahwinannya pakaian ber 'style' arab
Di Kg Sekolah Juru, pasangan pengantin Shikin & Nahrul inginkan pakaian pengantin style arab, pada hari tersebut berlangsunglah majlis akan nikah di Masjid kampung tersebut yang tidak jauh dari rumah pengantin.

Pada majlis pernikahan pasangan pengantin mengenakan pakaian berwarna putih.

Dan persandingan pada hari yang sama yang pakaian style arab pengantin memilih warna kelabu atau silver.

Manakala pada sebelah petang pula pengantin telah menukar pakaian untuk majlis memotong kek dengan pakaian berwarna putih hitam, manakala pengantin lelaki pula mengenakan pakaian rasmi anggota Polis.

 Moga berbahagia kepada kedua-dua pasangan pengantin yang  sporting ini.

Dibawah disertakan serba-sedikit gambar majlis perkahwinan di Kampung Sekolah Juru.






Zam jurusolek serta perunding majlis tersebut














Majli memotong kek


Pelamin majlis




Kakitangan Teratak Kasih bergambar kenangan bersama pengantin
 




** Has Not Been Editing Completely **
© Copyright of danialsaad fotografi & Teratak Kasih
www.danialsaad.com
Busana & Solekan : Teratak Kasih, Jawi (Mimie 013-591 1176)